OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Memberi kefahaman mengenai konsep dan faktor kepimpinan
• Membolehkan pelajar menganalisis prinsip-prinsip kepimpinan berdasarkan kes rujukan.
• Menjelaskan fungsi utama kepimpinan dan kemahiran yang diperlukan untuk menigkatkan keberkesanan
• Membolehkan pelajar mengaplikasi kemahiran dan menangani masalah • Menjelaskan konsep kerja berpasukan
Have fun reading!
• Menjelaskan ciri kerja berpasukan yang berjaya.

HASIL PEMBELAJARAN

• Mengenalpasti fungsi utama kepimpinan dan kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan
 • Menghuraikan konsep dan faktor kepimpinan
 • Mengenalpasti kekuatan dan kelebihan kerja berpasukan
 • Menghuraikan ciri kerja berpasukan yang berjaya
• Menganalisis prinsip-prinsip kepimpinan berdasarkan kes rujukan.


KONSEP KEPIMPINAN

Barat
 • Fenomena yang melibatkan hubungan dan tanggungjawab antara manusia.
 • Berorientasikan keadaan yang berubah-ubah dan memberi fokus kepda pencapaian matlamat semasa dalam semua aspek kehidupan.
 • Dalam konteks kepimpinan sekular, sama ada dalam politik, ketenteraan, ekonomi, keluarga dan sebagainya hanya dirangkumkan dalam bentuk tujuan keduniaan semata-mata.
 • Elemen-elemen penting dalam kepimpinan Barat atau sekular adalah kuasa, pengaruh, pemimpin, pengikut dan juga beberapa faktor lain.

Islam
 • Berasaskan amanah dan taqwa.
• Kepimpinan merupakan satu tanggungjawab suci yang dipikul oleh seorang hamba Allah dan seorang khalifah Allah di bumi untuk membawa manusia di kepada matlamat hidup yang sesuai dengan kehendak Allah.
 • Menurut perspektif Islam, individu adalah ibarat khalifah atau pemimpin dan bergantunglah kepada mereka untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin bagi membawa masyarakat Islam ke jalan kebaikan (Rafik & Jamal 1998).
 • Dan Kami jadikan mereka pemimpin (lelaki) bedasarkan pilihan Kami dan Kami berikan mereka inspirasi untuk melakukan perkara ibadat, melakukan sembahyang seperti yang ditetapkan dan melaku amal jariah dan secara berterusan mereka hendaklah setia kepada Kami (hanya Kami) sahaja. (Anbiyaa,21:73)
 • Dalam kamus kepimpinan Islam tidak ada tempat untuk kepentingan diri, perebutan kuasa, penindasan, keangkuhan, tamak kuasa, korupsi dan sebagainya.

DEFINISI KEPIMPINAN


 1. Rost (1991) menyenaraikan sekurang-kurangnya 221 definisi kepimpinan yang boleh ditemui dalam buku-buku penulisan akademik mengenai kepimpinan. 
2. Hughes, Ginnett, Curphy (1993) telah menyenaraikan beberapa definisi kepimpinan seperti berikut:
3. Satu proses dimana seorang ejen mempengaruhi atau memujuk subordinatnya supaya berkelakuan seperti yang dikehendakinya (Bennis 1959). 
4. Merubah pengikut, membentuk visi dan matlamat yang mungkin dicapai, dan dapat menerangkan dengan jelas cara untuk mancapai matlamat tersebut (Bass 1985). 
5. Proses mempengaruhi kumpulan yang terancang kearah mencapai matlamat (Roach & Behling 1984). 
6. Hadirnya pengaruh tertentu di dalam hubungan diantara dua orang atau lebih (Hollander dan Julian 1969). 
7. Tindakan-tindakan yang memfokuskan sumber untuk mencipta peluang-peluang yang dikehendaki (Campbell 1991). 
8. Kepimpinan adalah kebolehan memujuk pengikut supaya memahami objektif organisasi (Davis 1967). 
9. Megarah atau menyelaras kerja-kerja ahli kumpulan (Fielder 1967). 
10. Hubungan antara perorangan (interpersonal) iaitu ahli lain mematuhi. 



FAKTOR KEPIMPINAN 


Dalam semua definisi kepimpinan terdapat beberapa elemen penting sepeti: 
1. Pemimpin: Pemimpin hendaklah mengetahui siapakah dirinya, ciri-ciri kekuatan dan kelemahan diri. 
2. Pengikut: Pengikut adalah anggota organisasi yang dipimpin. Mereka merupakan orang yang perlu dipengaruhi oleh pemimpin untuk mencapai matlamat organisasi. 
3. Komunikasi: Pemimpin dan pengikut perlu berkongsi dan bertukar maklumat. 
4. Situasi: Situasi selalu bertukar suasana dan tidak pernah statik. Pemimpin perlu memahami sesuatu situasi dan mengapllikasi tindakan yang sesuai mengikut masa, tempat dan upaya anggota. 


TEORI KEPIMPINAN 


Teori Tret : 
Pemimpin dilahirkan dan bukan dibentuk 

Teori Kontemporari

 • teori kognitif
 • teori karismatik 
 • teori kepimpinan transaksi dan transformasi Teori Tingkah Laku
 • laissez-faire(gaya bebas)
 • autokratik(authoritarian)
 • demokratik(gaya turut serta,mengambil bahagian) Teori Kontigensi
 • teori kontigensi fielder 
• model kepimpinan bersituasi 
• teori laluan maklumat 

 PRINSIP KEPIMPINAN 

Prinsip Kepimpinan (Perspektif Barat) 

Prinsip kepimpinan adalah satu huraian yang merupakan garis panduan asas apabila pemimpin hendak melaksanakan fungsi mereka. Prinsip kepimpinan yang dihuraikan disini adalah 11 prinsip Tentera Amerika. 

Prinsip Kepimpinan Barat 
Memahami diri sebagai pemimpin 
Menguasai kemahiran teknikal 
Mencari peluang menjalankan tanggungjawab dan menerima tanggungjawab ikut kemampuan 
Mampu menyelesaikan masalah dan cekap buat keputusan 
Pemimpin sebagai contoh terbaik 
Memahami anggota pasukan dan menjaga kebajikan mereka. 
Sentiasa berkomunikasi dengan pasukan 
Wujudkan hubungan manusia berasaskan rasa hormat 
Anggota pasukan memahami langkah utk mencapai maklumat
Menggunakan secara maksimum kebolehan ahli pasukan. 

Prinsip Kepimpinan (Perspektif Islam)
 Islam juga mempunyai prinsip kepimpinan yang tersendiri. Sumber rujukan utama pemimpin islam adalah Quran dan Hadith. Dalam erti kata lain, kepimpinan bagi orang Islam bergerak dalam paradigma yang berteraskan kepercayaan dan sepenuh penyerahan kepada pencipta yakni Allah SWT. 

Prinsip Kepimpinan Islam 
Kepercayaan dan pengabdian penuh kepada Allah 
Kepimpinan adalah pelaksanaan amanah 
Memberi, memperlihatkan dan berkongsi hala tuju ataupun wawasan dengan organisasi. 
Mengambil peranan utama dalam mencorakkan budaya organisasi. 
Mewujudkan daya mapan organisasi utk jangka panjang 
Menyediakan ruang dan mengalu-alukan pandangan yang membina. 
Pemimpin memulakan, membimbing dan mengawal perubahan demi mencapai objektif yang ditetapkan. 
Mempunyai nilai-nilai murni kepimpinan 

FUNGSI KEPIMPINAN 

Kepimpinan yang berfungsi adalah tonggak utama keberkesanan organisasi. Adair (1996) menggariskan bahawa fungsi kepimpinan adalah terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu: fungsi terhadap tugasan, fungsi terhadap kumpulan dan fungsi terhadap individu. 

Fungsi Tugasan: Memahami tugas, merancang pelbagai rancangan, menerang kepada pasukan peranan mereka, memperuntukkan sumber. 

Fungsi Kumpulan: Pemimpin menjadi contoh, pengekal displin, membina semangat anggota, berkomunikasi terbuka, melantik pembantu. 

Fungsi Terhadap Individu: Melibatkan anggota pasukan. mengawal anggota, berusaha melibatkan anggota, meningkatkan kemahiran individu, memberi pujian sokongan. 

KEMAHIRAN KEPIMPINAN 

Kepimpinan memerlukan pemimpin mempunyai kemahiran bagi mempengaruhi anggota kumpulan atau pasukan ke arah pencapaian matlamat organisasi. lantas itu, pemimpin adalah dibentuk melalui latihan dengan pelbagai penerapan kemahiran berkaitan. Kepimpinan bukanlah dibentuk semula jadi seperti teori tait. Kepimpinan berkembang melalui proses pembelajaran kendiri, latihan dan pengalaman. Kemahiran mentadbir atau mengurus: Mengurus manusia, mengurus sumber, menunjukkan kompetensi teknikal Kemahiran Interpersonal: iaitu kemahiran menangani manusia utk bekerja secara berkesan. Sensitif kepada persekitaran sosial, menunjukkan kepintaran emosi, mengurus konflik interpersonal Kemahiran mengkonsepsi: iaitu bkerja dengan konsep dan idea. Aspek kognitif dalam kepimpinan. Menyelesaikan masalah, perancangan strategik dan mencipta wawasan. 

RUMUSAN 

Kepimpinan melibatkan bagaimana individu mempengaruhi anggota organisasi ke arah pencapaian matlamat. Bagi mencapai matlamat, pemimpin hendaklah mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang kukuh serta mampu memberi motivasi serta galakan yang boleh menggerakkan anggota organisasi mencapai matlamat. 



KLIK DISINI >> Jom Uji Minda 



PENGENALAN KERJA BERPASUKAN

Sebuah organisasi yang mantap dan berjaya sangat berkait rapat dengan kualiti kerjasama yang ada dalam kumpulan kerja yang menganggotai organisasi tersebut.

KONSEP KERJA BERPASUKAN
@ KERJA BERKUMPULAN

KERJA BERKUMPULAN: Terdiri daripada individu yang melakukan kerja masing-masing yang mungkin tidak mempunyai matlamat yang sama tetapi tekad mahu menyiapkan kerja.
KERJA BERPASUKAN: Terdiri satu kumpulan kerja yang mana ahlinya bersama-sama menyiapkan tugas dan mempunyai matlamat yang sama dan mempunyai garis panduan kerja yang ditetapkan. 
 
  TEORI KERJA BERPASUKAN
 Teori Belbin: Menurut Meredith Belbin (1970) peranan pasukan ialah kecenderungan untuk bertindak, memberi kerjasama dan berinteraksi dengan orang lain dengan sesuatu gaya tersendiri.

Teori Keperluan Maslow: Abraham Maslow (1954) melihat keperluan manusia sebagai hierarki yang boleh digambarkan sebagai satu segi tiga.

Teori X teori Y: Teori Douglas McGregor (1906-1964), mengatakan teori x dan y ini menerangkan dua pandangan bertentangan di tempat kerja yang akan mempengaruhi cara pengurusan. Teori X lebih kepada pandangan tradisi mengenai arahan dan kawalan.Teori Y pula lebih menjurus kepada tenaga kerja yang boleh bekerja sendiri tanpa arahan. 

KELEBIHAN DAN FAEDAH KERJA BERPASUKAN
  1. Memupuk sikap bekerjasama
  2. Membuat keputusan dan penyelesaian masalah
  3. Sumber manusia lebih produktif
  4. Membina komitmen
  5. Komunikasi berkesan
  6. Kerja lebih berkualiti
  7. Semangat motivasi
  8. Mengurangkan tenaa kakitangan
  9. Kepuasan bekerja
CIRI-CIRI KERJA BERPASUKAN
  1. Kepimpinan ketua: Kerja berpasukan perlu dipimpin oleh seorang ketua berwibawa.
  2. Keanggotaan ahli: Ahli pasukan perlu melaksanakan tanggungjawab seperti yang telah disarankan.
  3. Rangkaian Hubungan: Jalinan hubungan ketua dengan ahli pasukan sentiasa terjaliin dengan kekerapan pertemuan dan perbincangan.
  4. Cara penyelesaian masalah: Kerja berpasukan merintis corak kerja yang menekankan kepada kata sepakat.
  5. Mencapai matlamat: Ketua dan ahli bergerak tujuan yang satu.
    
RUMUSAN
 Kepimpinan dalam organisasi adalah merupakan faktor penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi kerana pemimpinlah yang menentukan bagaimana anggota lain digerakkan ke tahap maksimum bagi mencapai matlamat organisasi.
  
 
 
~TAMAT~

 

2 comments

mohon share.trima kasih

How to Bet on Poker in California - Dr.MCD
What's more, you 김천 출장마사지 can 과천 출장안마 choose to bet on your favorite casino game, 전라북도 출장안마 and that 춘천 출장안마 is how you want to 제주 출장샵 place bets at a good sportsbook.

Post a Comment

Copyright © Mar'atus Solehah / Template by : Urangkurai