PEMIKIRAN KRITIS, PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMIKIRAN SAINTIFIK


OBJEKTIF
1. Supaya memiliki pemikiran yang kritis agar berbeza dengan pemikiran rakan-rakan di luar kampus
2.  Dapat membantu pelajar berfikir secara kritis, kreatif, inovatif
3. Berkebolehan aplikasi pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan
4. Mendidik pelajar dari segi kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi yang sukar dan kabur, serta membuat penilaian
5. Membantu pelajar meningkatkan kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir.
   Mengajar pelajar dari segi kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baharu diceburi.

PENGENALAN

Otak mempunyai fungsi berfikir yang tertentu  : 

 OTAK KIRI : mempunyai kemahiran berfikir secara logik, analitik berurutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan

OTAK KANAN : berkemahiran berfikir dalam bidang yang melibatkan kreativiti, sintesis, warna, rekabentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Pemikiran kritis merupakan satu aktiviti di dalam otak di mana proses mentafsir, menilai dan menganalisis maklumat berlaku. Sebagai rumusan awal pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik yang boleh dilihat melalui kemahiran berikut :

·         Mengenalpasti masalah tersurat dan tersirat
·         Mengenalpasti dan mensintesiskan masalah dengan tepat
·         Menilai pelbagai pilihan
·         Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat


PEMIKIRAN KRITIS

 Kritikos merupakan perkataan Yunani yang membawa maksud menimbang atau judge.Perkataan ini menjadi asal usul perkataan kritis yang dikenali pada masa kini. Daripada Kamus Dewan Edisi Ketiga perkataan kritis bermaksud ‘tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu’. Ini bermakna dalam pemikiran kritis pembuat pertimbangan baik buruknya sesuatu dan tidak menerimanya secara bulat-bulat. Pemikiran kritis telah lama wujud dan bertapak kukuh dalam peradaban manusia sejak zaman Greek Gang of Three iaitu, Socrates, Aristotle dan Plato. Mereka telah memberikan suatu pandangan mengenai berfikir yang menekankan kepada analisis, perdebatan dan penghakiman. Orang yang berfikir secara kritisan akan menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya.



CIRI-CIRI PEMIKIRAN KRITIS
 
•Tidak begitu mudah untuk terus menerima atau bersetuju terhadap sesuatu perkara
•Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea
•Pemikiran kritis melibatkan 3 jenis aktiviti mental: analisis,tafsiran dan penilaian. Meliputi proses pemikiran yang lain(mencapai satu kesimpulan yang kukuh)
•penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam pemikiran kritis: cara-cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat
•bersifat reaktif, penilaian, analisis dan logik
KOMPONEN PEMIKIRAN KRITIS
 
KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS
 
•Menjadi lebih matang
•Bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan
•Sensitif dan prihatin
•Berjiwa besar, yakin dan berani
•Lebih berhemah dan bertanggungjawab
•Ketahanan diri dan harga diri yang tinggi
•Tidak mudah dipengaruhi
SIKAP PEMIKIR KRITIS YANG BAIK
 
•Berfikiran rasional; mampu meneliti pengalaman lalu, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan
•Mampu mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan  oleh pihak lain
•Ingin tahu dan minda terbuka
•Mengutamakan kejituan, objektiviti  dan inginkan kejelasan serta ketepatan; sentiasa mempunyai maklumat yang cukup
•sentiasa mencari alternatif
•Sensitif terhadap perasaan orang lain
LOGIK

 Pemikiran logik adalah cara pemikiran yang kerap dan gemar digunakan dalam merancangkan sesuatu perkara.

DEFINISI LOGIK :

Logik berasal dari perkataan Yunani iaitu “Logos” yang memberi maksud pengucapan (utterance), pernyataan (statement), pemikiran (thought) dan pemikiran akal (reason) iaitu sebab.
Dengan kata lain, logic bermaksud alas an yang dikemukan untuk mengukuhkan sesuatu keadaan kebenaran yang boleh diterima oleh akal.

TIGA PRINSIP ASAS LOGIK
 
•Prinsip identiti (satu pernyataan adalah benar,maka ia adalah benar)
•Prinsip Pertengahan(excluded middle)
•Prinsip kontradiksi / Prinsip percanggahan



Logik Deduktif

Merupakan satu proses menyatakan kesimpulan daripada yang umum kepada khusus. Perkataan deduktif berasal daripada istilah bahasa Latin iaitu “de” yang bermaksud daripada dan “decure” yang bermaksud memimpin, ke arah. Gabungan kedua-dua perkataan ini membentuk maksud memimpin dari sesuatu ke suatu kesimpulan.
Contoh penggunaan kaedah deduktif ialah :
Hujahan yang benar
‘Semua manusia bernafas dengan menggunakan oksigen’
‘Ali ialah seorang manusia’
Oleh itu, Ali bernafas dengna menggunakan oksigen.

Logik Induktif
Merupakan satu proses menyatakan kesimpulan daripada yang khusus kepada umum. Ia juga dikenali sebagai kaedah Bacon kerana pernah dipelopori oleh Sir Francis Bacon iaitu seorang ahli falsafah Inggeris. Dalam kaedah induktif, salah satu daripada pernyataan tersebut iaitu sama ada premis atau kesimpulannya boleh benar atau palsu.
Contoh penggunaan kaedah induktif:
‘Gagak itu berwarna hitam, maka semua gagak berwarna hitam’.
Pernyatan ini tidak benar kerana kita tidak boleh menganggap semua gagak berwarna hitam hanya dengan melihat seekor gagak berwarna hitam. Terdapat juga gagak yang berwarna cerah disebabkan suatu penyakit seperti albino. Dapat diperhatikan bahawa penggunaan kaedah induktif tidak memerlukan premis dan kesimpulan yang benar.

Membuat Hujahan
Merupakan satu set pernyataan yang menentukan kesimpulan berdasarkan oleh premisnya. Hujahan haruslah diakhiri dengan kesimpulan pada bahagian akhir. Terdapat dua jenis hujahan iaitu hujahan baik atau sah dan hujahan tidak baik atau tidak sah.
Contoh hujahan yang baik
Premis 1: Ahli-ahli komunis menyertai kesatuan buruh.
Premis 2: Ah Chong ahli kesatuan buruh.
Kesimpulan : Jadi, Ah Chong ialah ahli komunis.
Contoh hujahan yang tidak baik
Premis 1: Ahli-ahli komunis menyertai kesatuan buruh
Premis 2 : Ah Chong bukan ahli kesatuan buruh
Kesimpulan : Jadi, Ah Chong bukan ahli komunis.
Hujah bukan pendapat. Pendapat ialah sesuatu yang kita yakini. Oleh itu ia adalah sejenis kepercayaan. Biasanya kepercayaan itu ialah berkenaan perkara-perkara yang dapat dipertikaikan kerana tidak cukup bukti.


PENYELESAIAN MASALAH

Clements dan Nerida F. Ellerton (1991) mendefinisikan masalah sebagai tugas yang dihadapi oleh seseorang yang perlu dicari jawapan atau penyelesaianyya sedangkan  tidak tersedia sesuatu prosedur penyelesaiannya. Secara ringkas, menyelesaikan masalah merupakan keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan langkah-langkah alternatif untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada untuk mencapai objektif yang dihasratkan

DEFINISI MASALAH

Menurut Jauharah (1995): Perbezaan yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini tentang sesuatu benda, perkara, hal atau keadaan.
Muhammad Awang (1990) : Matlamat yang cuba dicapai tetapi tidak mengetahui bagaimana untuk mencapai matlamat itu dengan segera.
Robertson (2001) : Apabila anda tidak tahu bagaimana untuk berbuat sesuatu bila anda diminta untuk bertindak.
 
Muhammad Awang (1990) menyatakan bahawa masalah mempunyai 3 komponen asas:
•Sekumpulan maklumat yang tersedia, iaitu satu penghuraian tentang masalah
•Sekumpulan operasi atau pergerakan yang sah yang mungkin diambil bagi menghasilkan penyelesaian
•Matlamat atau penghuraian tentang keadaan yang dianggap sebagai penyelesai kepada masalah
Robertson (2001), menyatakan terdapat beberapa kategori masalah yang ia boleh dikenal pasti dengan melihat kepada kaedah penyelesaiannya. Antara kategori yang dinyatakan oleh beliau ialah :
1.       Kecondongan ilmu (knowledge-lean) iaitu, anda memerlukan sedikit ilmu untuk menyelesaikannya.
2.       Kaya ilmu (knowledge-rich) iaitu, anda perlu memiliki ilmu yang banyak dan mendalam sebelum boleh menyelesaikan masalah.
3.       Jelas berstruktur atau jelas didefinisikan (well-defined) iaitu, semua maklumat yang jelas diperlukan dinyatakan dengan jelas sebelum masalah diselesaikan.
4.       Kurang berstruktur atau kabur definisi (ill-defined) iaitu, sesetengah aspek masalah seperti apa yang sepatutnya dilakukan dinyatakan secara kabur.
5.       Kecondongan semantik (semantically-lean) iaitu, penyelesai masalah memiliki pengalaman yang sedikit untuk menyelesaikan masalah.
6.       Kaya semantik (semantically-rich) iaitu, penyelesai mempunyai pengalaman yang banyak dan boleh membawa pengalaman tersebut untuk menyelesaikan masalah.
7.       Masalah celik akal (insight) iaitu, penyelesaian masalah dimulai dengan pengalaman “Aha!”.  Contohnya, seorang polis trafik tidak menahan seorang pemandu yang tidak memakai topi keledar. Kenapa?. Kerana pemandu tersebut adalah rakan polis trafik.

Faedah Masalah
•sumber input yang besar untuk kesihatan otak
•meluaskan daya imaginasi
•sumber rezeki



PROSES MENYELESAIKAN MASALAH

•MENYEDARI MASALAH
•MEMAHAMI MASALAH
•MENEROKA PILIHAN-PILIHAN PENYELESAIAN
•MENINJAU KESAN AKIBAT PILIHAN
•MEMILIH PILIHAN TERBAIK SEBAGAI PENYELESAIAN

Sekian...terima kasih



Post a Comment

Copyright © Mar'atus Solehah / Template by : Urangkurai