OBJEKTIF PEMBELAJARAN

  1. Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran;
  2. Meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri;
  3. Mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri
HASIL PEMBELAJARAN

  1. Mampu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran
  2. Mampu meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian secara sendiri
  3. Mampu mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri
PENGENALAN

Sebagai manusia belajar adalah suatu kemestian. Pembelajaran bermula sejak dari kandungan ibu lagi dan apabil dilahirkan prosesnya terus berjalan. Banyak maklumat diterima sepanjang proses pembelajaran tersebut. Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks pembangunan diri merentas pelbagai dimensi yang bermula dengan dimensi diri, dimensi keluarga dan dimensi masyarakat. Pelajar didedahkan dengan pemikiran tentang maklumat dan penyarigan maklumat yang benar sehingga mampu dihayati menjadi ilmu yang berguna. Dalam proses tersebut akan mencabar ketajaman berfikir pelajar untuk menganalisis setiap masalah yang berlaku dan membentuk keyakinan diri untuk membangun kan pontensi diri dan orang lain. Ketepatan dan kecekapan maklumat adalah antara faktor utama dalam pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran sepanjang hayta merupakan suatu proses untuk memperkayakan modal intelek yang menjadi sebahagian setiap orang yang boleh dilaksanakan dalam pelbagai konteks, pelbagai situasi dan oleh semua orang.

PENGURUSAN MAKLUMAT

Definisi Maklumat
Menurut beberapa kamus umum, maklumat ialah data, bahan dan pengetahuan. Maklumat juga adalah data yang tersusun dalam suatu struktur yang mempunyai makna.


KONSEP LITERASI MAKLUMAT

Literasi dari sudut bahasa bermaksud celik dan berpengetahuan. Dari segi istilah, literasi maklumat adalah keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat. Individu dan celik maklumat ialah mereka yang tahu bagaimana pengetahuan dicari, disusun dan bagaimana maklumat itu digunakan untuk menyelesaikan masalah serta cara mempersembahkan maklumat agar orang lain dapat memahaminya. Secara umum data didefinasikan sebagai fakta dan nombor kasar yang belum diproses, maklumat sebagai data yang diproses manakala pengetahuan ialah maklumat yang disahkan.

Literasi maklumat adalah satu set kemahiran yang boleh dipelajari. Set kemahiran tersebut  termasuk sikap tertentu terhadap pembelajaran itu sendiri, penggunaan alatan, seperti tutorial dalam talian, penggunaan teknik, seperti bekerja dalam kumpulan dan penggunaan kaedah seperti pengantungan kepada para mentor dan pembimbing.


DEFINISI DAN PENYATAAN : KEPERLUAN MAKLUMAT

  1. Kebolehan untuk mendefinisi atau mengenal pasti kerperluan maklumat
  2. Kebolehan untuk memutuskan untuk berbuat sesuatu bagi mencari maklumat.
  3. Kebolehan untuk menyatakan dan mendefinisikan keperluan maklumat.
  4. Kebolehan untuk memulakan proses pencarian.

PENGESANAN MAKLUMAT

  1. Kebolehan untuk mengenalpasti dan menilai sumber-sumber maklumat berpotensi
  2. Kebolehan untuk menghasilkan strategi pencarian.
  3. Kebolehan untuk mengakses sumber-sumber maklumat terpilih.
  4. Kebolehan untuk memilih dan mendapatkan semula maklumat yang dikesan.

PENTAKSIRAN MAKLUMAT

  1. Kebolehan untuk menganalisis, memeriksa, dan mengekstrak maklumat.
  2. Kebolehan untuk membuat tanggapan umum dan mentafsir maklumat.
  3. Kebolehan untuk memilih dan mensintesis maklumat.
  4. Kebolehan untuk menilai ketepatan dan kerelevenan maklumat yang didapatkan semula.

PENYUSUNAN MAKLUMAT

  1. Kebolehan untuk menyusun dan mengkategorikan maklumat.
  2. Kebolehan untuk mengelompokkan dan meyusun maklumat yang telah diperoleh.
  3. Kebolehan untuk menentukan maklumat mana yang terbaik dan paling berguna.

PENGGUNAAN MAKLUMAT

  1. Kebolehan untuk mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan menggunakan maklumat.
  2. Kebolehan untuk menggunakan maklumat yang telah diperoleh.
  3. Kebolehan untuk mempelajari dan mendalami maklumat sebagai pengetahuan peribadi.
  4. Kebolehan untuk mempersembah produk maklumat.

KOMUNIKASI DAN PENGGUNAAN BERETIKA MAKLUMAT

  1. Kebolehan untuk memahami penggunaan beretika maklumat
  2. Kebolehan untuk menghormati perundangan berkaitan penggunaan maklumat.
  3. Kebolehan untuk memperkatakan tentang produk pembelajaran dengan mengiktirafkan harta intelek.
  4. Kebolehan menggunakan piawaian gaya pengiktirafan yang relevan

LITERASI MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN

Pengetahuan ialah keadaan mengetahui, tahu pula adalah keadaan kefahaman yang dicapai melalui pengalaman atau pembelajaran semua atau sebahagian perkara yang diterokai, difahami atau dipelajari. Pengetahuan berkait rapat dengan maklumat kerana ia terdiri daripada maklumat berkaitan fakta, prosedur, konsep, interpretasi, idea, pemerhatian dan pertimbangan yang terkandung dalam pemikiran seseorang.

Copyright © Mar'atus Solehah / Template by : Urangkurai